Siri 1
Latest Post
ALLAH MENCIPTAKAN ADAM a.s MENURUT RUPA-NYA?
|
Read more »
Antara dalih yang mereka gunakan adalah Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w di mana baginda bersabda:
Sabda Rasulullah s.a.w:
Sabda Rasulullah s.a.w:
Prinsip Salafus Soleh berkenaan Hadis ini:
Ahlus Sunnah wal Jamaah beriman dengan hadis ini dan mereka tidak membantah apa yang sahih dan tsabit daripada Rasulullah s.a.w. Keimanan Ahlus Sunnah wal Jamaah berkenaan hadis ini adalah sama seperti mana keimanan mereka dengan sifat-sifat ALLAH yang lain iaitu: Menetapkan Sifat sesuai dengan zahirnya tanpa melakukan takwil dan tidak pula melakukan Tasybih dan Tamtsil.
Kata Imam al-Ajurri r.h:
Kata Imam Ibn Battah r.h:
Daripada pernyataan para Ulama-ulama besar Islam ini, kita dapati bahawa bukanlah Wahhabi yang merekayasa akidah bahawa ALLAH mencipta Adam dalam rupa-Nya tetapi ianya akidah yang telah diimani dan diyakini para Ulama Salaf daripada Sahabat, Tabiin, Tabi’ Tabiin dan mereka yang berada di atas jalan Ulama Salaf ini.
Ulama’ Salaf Menolak Takwilan Terhadap Hadis ini:
Imam Ahmad r.h telah mengingkari mereka yang mentakwilkan hadis ini dengan makna ALLAH mencipta Adam dalam rupa Adam atau dalam rupa Tanah atau rupa orang yang dipukul.
Ditanya kepada Imam Ahmad bin Habal r.h berkenaan orang yang mentafsirkan hadis ini dengan makna ALLAH mencipta Adam dalam rupa tanah; lantas kata Imam:
“Ini adalah perkataan orang-orang Jahmiah” [Aqidah al-Rasikhin fil 'Ilmi, juz 2, 666-667].
Demikian juga daripada Abu Talib al-Mishkani r.h kata beliau:
“Aku mendengar Abu Abdullah (Imam Ahmad) berkata: “Barangsiapa yang berkata: Sesungguhnya ALLAH mencipta Adam dalam rupa Adam, maka dia adalah seorang Jahmiah. Atas rupa apakah Adam itu sebelum dia diciptakan?” [ibid, m.s 667]
Kata Abdullah bin Ahmad:
“Seorang lelaki berkata kepada Ayahku (Imam Ahmad): Sesungguhnya seorang lelaki berkata kepadaku: ALLAH mencipta Adam menurut rupa-Nya yakni maksudnya rupa lelaki itu (yang dipukul) maka jawab beliau (Imam Ahmad): “Dusta! Ini adalah perkataan orang Jahmiah”. [ibid, m.s 668].
Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h:
Zahir Hadis Tiada Padanya Tamtsil:
Hadis ALLAH menciptakan Adam dalam rupa-Nya s.w.t tidaklah membawa maksud Tamtsil (menyamakan) antara makhluk dengan Khaliq kerana pernyataan: sesuatu itu menurut rupa sesuatu; tidak bermaksud ia menyerupainya dari semua bentuk.
Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
Lafaz: “rupa mereka seperti rupa bulan purnama” tidak bermaksud rupa Ahli Syurga itu seratus peratus seperti bulan, tiada mata, tiada hidung, dan lainnya, tetapi yang dimaksudkan dari segi kecerahan, keindahan, bersinar-sinar dan berseri-seri.
Maka difahami daripada ini, hadis: ALLAH mencipta Adam menurut rupa Al-Rahman; tidaklah bermaksud menyamakan Adam a.s dan mentamsilkan Adam a.s dengan ALLAH ta’ala. Bahkan ALLAH mencipta Adam a.s menurut rupa-Nya s.w.t namun ALLAH dan Adam tiada persamaan dan tamstil sama sekali. [rujuk: Syarah Hadis 40, Ibn Utsaimin, m.s 45-46]
OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI
UNIVERSITI ISLAM MADINAH NABAWIAH
Di antara pintu masuk Syaitan untuk menghalang manusia dari mengikuti
kebenaran dan menyelewengkan mereka dari jalan al-Haqq adalah dengan
menuduh Ahlus Sunnah wal Jamaah atau yang mereka namakan sebagai
“Wahhabi” berakidah Taysbih yakni menyamakan ALLAH s.w.t dengan makhluk.Antara dalih yang mereka gunakan adalah Hadis Sahih daripada Rasulullah s.a.w di mana baginda bersabda:
خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِ
Maksudnya: “ALLAH mencipta Adam menurut rupa-Nya” [HR al-Bukhari].Sabda Rasulullah s.a.w:
إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَجْتَنِبِ الْوَجْهَ فَإِنَّ اللَّهَ خَلَقَ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِ
Maksudnya: “Jika seseorang kamu memukul maka hendaklah dia menjauhi wajah kerana sesungguhnya ALLAH mencipta Adam menurut rupa-Nya” [HR Abdullah bin Ahmad dlm al-Sunnah].Sabda Rasulullah s.a.w:
لَا تُقَبِّحُوا الْوَجْهَ فَإِنَّ اللَّهَ خَلَقَ آدَمَ عَلَى صُورَةِ الرَّحْمَنِ
Maksudnya: “Janganlah kamu menghina wajah (seseorang) kerana sesungguhnya ALLAH telah menciptakan Adam menurut rupa al-Rahman”.
[HR Abdullah bin Ahmad dlm al-Sunnah, Ibn Battah dalam al-Ibanah
al-Kubra, al-Tabrani dalam al-Mukjam al-Kabir, Ibn Abi 'Asim dlm
al-Sunnah, dll].Prinsip Salafus Soleh berkenaan Hadis ini:
Ahlus Sunnah wal Jamaah beriman dengan hadis ini dan mereka tidak membantah apa yang sahih dan tsabit daripada Rasulullah s.a.w. Keimanan Ahlus Sunnah wal Jamaah berkenaan hadis ini adalah sama seperti mana keimanan mereka dengan sifat-sifat ALLAH yang lain iaitu: Menetapkan Sifat sesuai dengan zahirnya tanpa melakukan takwil dan tidak pula melakukan Tasybih dan Tamtsil.
Kata Imam al-Ajurri r.h:
هَذِهِ مِنَ السُّنَنِ الَّتِي يَجِبُ عَلَى الْمُسْلِمِينَ
الْإِيمَانُ بِهَا , وَلَا يُقَالُ فِيهَا: كَيْفَ؟ وَلِمَ؟ بَلْ
تُسْتَقْبَلُ بِالتَّسْلِيمِ وَالتَّصْدِيقِ , وَتَرْكِ النَّظَرِ , كَمَا
قَالَ مَنْ تَقَدَّمَ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ
Maksudnya: “Ini adalah daripada Sunnah-sunnah yang wajib atas
kaum muslimin beriman dengannya dan tidak dikatakan padanya: Bagaimana?
Dan Kenapa? Bahkan diterima dengan penuh penyerahan dan pembenaran dan
meninggalkan perbuatan mencari-cari (kaifiatnya) seperti mana yang
dikatakan oleh orang-orang terdahulu daripada Imam-imam kaum muslimin”. [al-Syari'ah, m.s 285]Kata Imam Ibn Battah r.h:
وَكُلُّ مَا جَاءَ مِنْ هَذِهِ الْأَحَادِيثِ، وَصَحَّتْ عَنْ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَفَرْضٌ عَلَى
الْمُسْلِمِينَ قَبُولُهَا، وَالتَّصْدِيقُ بِهَا، وَالتَّسْلِيمُ لَهَا،
وَتَرْكُ الِاعْتِرَاضِ عَلَيْهَا، وَوَاجِبٌ عَلَى مَنْ قَبِلَهَا،
وَصَدَّقَ بِهَا أَنْ لَا يَضْرِبَ لَهَا الْمَقَايِيسَ، وَلَا يَتَحَمَّلَ
لَهَا الْمَعَانِيَ وَالتَّفَاسِيرَ لَكِنْ تَمُرُّ عَلَى مَا جَاءَتْ
وَلَا يُقَالُ فِيهَا: لِمَ؟ وَلَا كَيْفَ؟ إِيمَانًا بِهَا وَتَصْدِيقًا،
وَنَقِفُ مِنْ لَفْظِهَا وَرِوَايَتِهَا حَيْثُ وَقَفَ أَئِمَّتُنَا
وَشُيُوخُنَا، وَنَنْتَهِي مِنْهَا حَيْثُ انْتَهَى بِنَا
Maksudnya: “dan setiap yang datang daripada hadis-hadis dan
sahih daripada Rasulullah s.a.w maka wajib atas kaum muslimin
menerimananya dan membenarkannya dan menyerah diri kepadanya serta
meninggalkan perbuatan membantahinya, demikian wajib pula bagi yang
telah menerimanya dan membenarkannya untuk dia tidak melakukan qiyas
(penyamaan) baginya dan tidak membawanya dengan makna-makna dan
tafsiran-tafsiran (yang menyeleweng) tetapi hendaklah dibiarkan seperti
mana ia datang (sesuai dengan zahirnya) dan tidak dikatakan: Kenapa? Dan
Bagaimana? Sebagai tanda keimanan dengannya dan membenarkannya dan kita
berhenti pada melafazkannya dan meriwayatkannya di mana para Imam-imam
kita dan guru-guru kita berhenti padanya…” [Al-Ibanah al-Kubra, 7/244].Daripada pernyataan para Ulama-ulama besar Islam ini, kita dapati bahawa bukanlah Wahhabi yang merekayasa akidah bahawa ALLAH mencipta Adam dalam rupa-Nya tetapi ianya akidah yang telah diimani dan diyakini para Ulama Salaf daripada Sahabat, Tabiin, Tabi’ Tabiin dan mereka yang berada di atas jalan Ulama Salaf ini.
Ulama’ Salaf Menolak Takwilan Terhadap Hadis ini:
Imam Ahmad r.h telah mengingkari mereka yang mentakwilkan hadis ini dengan makna ALLAH mencipta Adam dalam rupa Adam atau dalam rupa Tanah atau rupa orang yang dipukul.
Ditanya kepada Imam Ahmad bin Habal r.h berkenaan orang yang mentafsirkan hadis ini dengan makna ALLAH mencipta Adam dalam rupa tanah; lantas kata Imam:
“Ini adalah perkataan orang-orang Jahmiah” [Aqidah al-Rasikhin fil 'Ilmi, juz 2, 666-667].
Demikian juga daripada Abu Talib al-Mishkani r.h kata beliau:
“Aku mendengar Abu Abdullah (Imam Ahmad) berkata: “Barangsiapa yang berkata: Sesungguhnya ALLAH mencipta Adam dalam rupa Adam, maka dia adalah seorang Jahmiah. Atas rupa apakah Adam itu sebelum dia diciptakan?” [ibid, m.s 667]
Kata Abdullah bin Ahmad:
“Seorang lelaki berkata kepada Ayahku (Imam Ahmad): Sesungguhnya seorang lelaki berkata kepadaku: ALLAH mencipta Adam menurut rupa-Nya yakni maksudnya rupa lelaki itu (yang dipukul) maka jawab beliau (Imam Ahmad): “Dusta! Ini adalah perkataan orang Jahmiah”. [ibid, m.s 668].
Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiah r.h:
هذا الحديث لم يكن بين السلف من القرون الثلاثة نزاع في أن
الضمير عائد إلى الله فإنه مستفيض من طرق متعددة عن عدد من الصحابة وسياق
الأحاديث كلها يدل على ذلك
Maksudnya: “Hadis ini tidak ada percanggahan dalam kalangan
Salaf daripada kurun yang tiga bahawa damir padanya merujuk kepada
ALLAH, sesungguhnya ia telah datang dengan banyak jalan daripada
beberapa Sahabat demikian juga susunan hadis-hadis semuanya menunjukkan
perkara itu…” [Bayan Talbis Jahmiah, 6/373]Zahir Hadis Tiada Padanya Tamtsil:
Hadis ALLAH menciptakan Adam dalam rupa-Nya s.w.t tidaklah membawa maksud Tamtsil (menyamakan) antara makhluk dengan Khaliq kerana pernyataan: sesuatu itu menurut rupa sesuatu; tidak bermaksud ia menyerupainya dari semua bentuk.
Ini sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
أَوَّلُ زُمْرَةٍ تَلِجُ الجَنَّةَ صُورَتُهُمْ عَلَى صُورَةِ القَمَرِ لَيْلَةَ البَدْرِ
Maksudnya: “Awal golongan yang memasuki syurga, rupa mereka itu menurut seperti rupa bulan purnama …” [HR al-Bukhari & Muslim].Lafaz: “rupa mereka seperti rupa bulan purnama” tidak bermaksud rupa Ahli Syurga itu seratus peratus seperti bulan, tiada mata, tiada hidung, dan lainnya, tetapi yang dimaksudkan dari segi kecerahan, keindahan, bersinar-sinar dan berseri-seri.
Maka difahami daripada ini, hadis: ALLAH mencipta Adam menurut rupa Al-Rahman; tidaklah bermaksud menyamakan Adam a.s dan mentamsilkan Adam a.s dengan ALLAH ta’ala. Bahkan ALLAH mencipta Adam a.s menurut rupa-Nya s.w.t namun ALLAH dan Adam tiada persamaan dan tamstil sama sekali. [rujuk: Syarah Hadis 40, Ibn Utsaimin, m.s 45-46]
ALLAH MENCIPTAKAN ADAM a.s MENURUT RUPA-NYA?
Posted by : Mohamad Fadzli on : With 0commentsTag :
Religious
KALIMAH SYAHADAH
|
Read more »
MAKNA KALIMAH SYAHADAH:
Kalimah Syahadah iaitu ucapan:
لا إلــــــه إلا الله محمد رسول الله
Ucapan ini membawa maksud: “Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali ALLAH, Muhammad itu Pesuruh ALLAH”.
Makna Ilah dalam bahasa Arab adalah yang disembah dan ditaati, kata Fairuz Abadi dalam Qamus:
Dalam Mu’jam al-Wasit terbitan Majma’ al-Lughah al-’Arabiah dinyatakan:
Tafsiran yang membawa makna Ilah kepada selain makna sembahan adalah makna yang batil berlawanan dengan Bahasa Arab dan tertolak.
Adapun Syahadah Risalah merupakan kelaziman bagi Syahadah Tauhid, mengandungi makna Iqrar bahawa Muhammad bin Abdullah sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah Utusan ALLAH yang diberikan wahyu kepadanya oleh ALLAH ta’ala’.
Maksud Syahadah ini adalah Iqrar kita untuk patuh dengan semua arahan dan perkhabaran yang disampaikan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam kerana firman ALLAH:
RUKUN KALIMAH SYAHADAH
Rukun Syahadah Tauhid ada dua iaitu:
Pertama: Nafi; yakni menafikan segala sembahan selain ALLAH
Kedua: Isbat; yakni menetapkan sifat Ilahiah (semabahan) yang hak hanya kepada ALLAH sahaja.
Dalilnya firman ALLAH ta’ala:
Ini adalah dalil bagi Nafi yakni menafikan segala sembahan selain ALLAH, kemudian firman ALLAH:
Ini adalah dalil Isbat yakni menetapkan Uluhiyyah hanya kepada ALLAH ta’ala sahaja. [Surah al-Zukhruf: 26 dan 27].
SYARAT-SYARAT KALIMAH SYAHADAH
Syarat kalimah Syahadah ada Tujuh Syarat berdasarkan penelitian dalil-dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang Sahihah iaitu:
Pertama: al-’Ilm; yakni Ilmu. Maksudnya hendaklah mereka yang menutur dua kalimah Syahadah ini mengetahui maknanya dan memahami maksud kalimah ini. Menuturkannya dalam keadaan jahil maknanya maka ianya tertolak. Dalil Syarat ini firman ALLAH ta’ala:
Firman ALLAH ta’ala:
Dalam ayat ini ALLAH menafikan adanya Syafaat daripada semabahan-semabahan kaum Musyrikin kemudian Dia menetapkan adanya Syafaat di akhirat bagi mereka yang mentauhidkan ALLAH dalam keadaan mereka mengetahui makna kalimah Tauhid itu. [Rujuk Tafsir al-Tabari].
Kedua: al-Yaqin; hendaklah penutur kalimah Syahadah Yakin dengan makna dan kandungannya, tidak syak akannya sebagaimana firman ALLAH ta’ala:
Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:
Ketiga: al-Qabul; yakni penerimaan dengan sepenuh jiwa terhadap makna kalimah ini dan tuntutannya, Tidak membantah dan Tidak menolak kerana sikap kaum Musyrikin apabila disuruh mengucap dua kalimah Syahadah mereka angkuh dan sombong serta enggan mengucapkannya:
Mafhum Ayat ini adalah Ingkar akan kandungan La ilaha illallah adalah Kufur, maka menjadi syarat untuk sahnya adalah Menerima dengan hati dan lisan akan kalimah ini.
Keempat: al-Inqiyad; iaitulah menyerah diri dan patuh kepada tuntutan kalimah ini dengan jiwa raga dan anggota badan, melaksanakan tuntutannya dengan mentauhidkan ALLAH dan meninggalkan Syirik. Firman ALLAH ta’ala:
Kelima: al-Sidq yakni Benar; berlawanan dengan Munafiq, maka seorang mukmin disyaratkan mengucapkan kalimah Tauhid dalam keadaan dia benar mengakui kalimah itu pada batinnya. Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:
Keenam: al-Ikhlas; yakni hendaklah dia mengucapkan Syahadah dalam keadaan dia ikhlas mengharapkan ALLAH semata-mata bukan kerana menunjuk-nunjuk pada manusia seperti kaum Munafiqin, riya’ dalam mengucap dua kalimah Syahadah adalah Kufur Akbar yang menjadikan pelakunya kafir munafiq kekal di bawah nerka paling bawah. Nauzubillah min zalik.
Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:
Ketujuh: al-Mahabbah yakni mencintai kalimah ini dan ahlinya serta tuntutannya dan membenci Syirik dan ahlinya dan apa-apa yang berlawanan dengan kalimah ini.
Firman ALLAH ta’ala:
Firman ALLAH juga:
Ayat-ayat yang mewajibkan kita berlepas diri daripada kekufuran dan membencinya menjadi dalil kewajipan untuk kita mencintai Tauhid dan memberi Wala’ (kesetiaan) padanya.
Kalimah Syahadah jika diucapkan dengan Lisan tanpa dilaksanakan Tuntutan dengan Hati dan Anggota maka ia sia-isa, demikian juga sekadar iqrar di dalam Hati tanpa diucapkan dengan lisan dan diamal dengan Anggota adalah sia-sia kerana Ulama’ Salaf telah Ijmak Iman itu adalah: Ucapan dan Amalan; Ucapan Hati dan Lisan, Amalan Hati, Lisan, dan Anggota Badan.
Mereka yang melafazkan kalimah ini dengan Lisan namun melakukan amalan-amalan yang berlawanan dengan asal kalimah ini seperti Syirik kepada ALLAH atau menghalalkan apa yang ALLAH Haramkan dan sebaliknya maka ia membawa kepada terbatalnya Syahadah seperti yang akan datang perbahasannya insya-ALLAH.
KANDUNGAN SYAHADAH RISALAH
Iqrar kita terhadap Syahadah: Muhammad Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dinyatakan Ulama’ mengandungi beberapa perkara:
Firman ALLAH ta’ala:
Firman ALLAH juga:
Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:
PEMBATAL SYAHADAH
Syahadah akan terbatal dan menjadikan penuturnya terkeluar daripada Islam (Murtad) –na’uzubillah min zalik- melalui perbuatan atau perkataan atau kepercayaan yang membawa maksud berlawanan dengan asal kalimah Tauhid dan asasnya.
Dapat dirumuskan bahawa pembatal kalimah Syahadah ada dua perkara iaitu:
Pertama: Syirik
Syirik di sini adalah Syirik Akbar dan maksudnya adalah: “Menjadikan apa-apa hak daripada hak-hak ALLAH kepada selainNya yang berkaitan dengan asal Iman dan asasnya”.
Hak-hak ALLAH itu pula adalah:
Pertama: Hak ALLAH dalam Uluhiah
Kedua: Hak ALLAH dalam Rububiah
Ketiga: Hak ALLAH dalam al-Asma’ was Sifat
Ketiga-tiga hak ini terkandung dalam firman ALLAH:
Maka Syirik berlaku dalam Tiga Hak ini:
Pertama: Syirik dalam Uluhiah atau Ibadah iaitulah mengalihkan apa-apa bentuk ‘Ibadah kepada selain ALLAH seperti memohon doa kepada makhluk Ghaib dan Orang Mati, Membayar Nazar kepada makhluk, Sujud kepada makhluk, Menyembelih Haiwan sebagai Taqarrub kepada makhluk dan seumapamanya.
Firman ALLAH ta’ala:
Kedua: Syirik dalam Rububiah dan ia berlaku dalam dua bentuk:
Pertama: Ta’thil iaitu menafikan kewujudan ALLAH ta’ala seperti Atheis dan
Ajaran Wehdatul Wujud yang menganggap Tuhan dan Makhluk itu benda
yang sama.
Kedua: Tamtsil yakni beriktiqad adanya zat dan kuasa lain yang setanding kuasa ALLAH dalam mentadbir ‘Alam ini.
Firman ALLAH ta’ala:
Ketiga: Syirik dalam al-Asma’ was Sifat sama ada dengan cara:
1- Ta’thil: iaitu ingkar nama-nama dan Sifat-sifat ALLAH
2- Tamtsil: Menyamakan nama-nama dan Sifat-sifat ALLAH dengan makhluk
Firman ALLAH ta’ala:
Maksud Ilhad dalam nama-nama ALLAH adalah menyimpang daripada kewajipan yang sepatutnya dalam masalah ini dan kewajipan itu ada dua:
Pertama: Isbat (menetapkan) bagi ALLAH nama-nama dan sifat-sifat yang tsabit dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Kedua: Menafikan daripada ALLAH nama-nama dan sifat-sifat dan apa sahaja yang ALLAH nafikan dari diri-Nya dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Dalilnya adalah firman ALLAH ta’ala:
Kedua: Kufur
Kufur yang dimaksudkan adalah Kufur Akbar (besar) yang menjadikan penutur kalimah Syahadah kembali kepada kekufuran setelah Islamnya (murtad) –na’uzubillah min zalik-.
Maksud Kufur adalah: “Tidak Beriman (tidak mempercayai) apa yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sama ada sebahagian atau semuanya atau enggan menurut apa yang dibawa oleh baginda”.
Kufur Akbar terbahagi kepada beberapa jenis:
Pertama: Kufur I’radh dan Jahil; yakni berpaling daripada Agama ALLAH ta’ala dan tidak mengambil endah akannya, tidak mempelajarinya, tidak pula mencari berkenaannya sedangkan dia mampu.
Firman ALLAH:
Kufur jenis ini adalah yang kebiasaan kita dapati pada orang-orang awam kaum kafir di zaman ini, mereka tidak mengambil tahu berkenaan Islam, tidak menuntut ilmu berkenaannya, tidak mencari hidayah, tidak membenci, tidak pula mencintai, tidak membenarkan tidak juga mendustakan.
Kedua: Kufur Istikbar dan Iba’; yakni kufur disebabkan angkuh dan enggan tunduk pada tuntutan kalimah Tauhid dalam keadaan dia mengetahui ianya benar. Ianya seumpama Iblis laknatullahi ‘alaih yang enggan menurut perintah ALLAH ta’ala sujud kepada Adam ‘alaihis salam kerana angkuh dengan asal kejadiannya:
Firman ALLAH berkenaan sikap sebahagian kaum Musyrikin:
Ketiga: Kufur Juhud; yakni mempercayai kebenaran Islam dalam hatinya namun enggan mengakui dengan lisan dan anggotanya seperti Kufur Fir’aun. Kata ALLAH:
Keempat: Kufur ‘Inad; yakni dia mempercayai kebenaran Islam dalam dirinya dan mengakui dengan lisannya ianya agama benar dan tidak memusuhinya namun dia enggan mengucap Syahadah dan tunduk pada agama itu seperti Abu Talib bapa saudara Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.
Kelima: Kufur Ingkar; iaitulah orang yang jahil sama sekali akan ALLAH dan Rasul-Nya dan tidak mengiktiraf sama sekali ALLAH dan Rasul-Nya seperti kaum Atheis yang ingkar kewujudan ALLAH secara jahil dan kaum Barahimah (Hindu) yang ingkar kewujudan Rasul dan Nabi sama sekali.
Keenam: Kufur Takzib; yakni beriktiqad bahawa apa yang dibawa Rasul yang diutus kepadanya itu adalah dusta semata-mata dan kufur jenis ini sedikit dalam kalangan kaum kafir. Kebanyakan Takzib kaum kafir terhadap para Rasul adalah takzib (pendustaan) secara zahir bukan batin yakni juhud.
Ketujuh: Kufur Syak dan Zan (wasangka) yakni dia ragu-ragu akan apa yang dibawa Rasul seperti firman ALLAH ta’ala:
Kelapan: Kufur Nifaq; iaitulah kufur kaum Munafiqin yang menzahirkan Islam namun mendustakannya dan tidak yakin di dalam diri mereka. Firman ALLAH:
PELENGKAP SYAHADAH:
Kalimah Syahadah adalah Iman dan Iman itu akan bertambah dengan bertambahnya ilmu yang sahih dan amalan yang soleh sebagaimana firman ALLAH ta’ala:
Maka hendaklah seorang Muslim menjaga kalimah Syahadahnya daripada terbatal –na’uzubillah min zalik-, menjaga kalimah syahadahnya berkurang dan cacat kerana dosa, sentiasa pula berusaha meningkatkan prestasi kalimah Syahadahnya dan menambah imannya dengan Ilmu yang Sahih dan Amalan yang Soleh.
I’lam as-Sunnah al-Manshurah, Syaikh Hafiz Hakami
Ma’arijul Qabul, Syaikh Hafiz Hakami
Syarah Fathul Majid, Syaikh Soleh Alu Syaikh
Kitab al-Ta’rifat al-I’tiqadiah, Sa’ad b Muhammad Al Abdul Latif
Madarij al-Salikin, Imam Ibn Al-Qayyim
OLEH: MUHAMMAD ASRIE BIN SOBRI
KULIAH DAKWAH & USULUDDIN UNI. ISLAM MADINAH
MAKNA KALIMAH SYAHADAH:
Kalimah Syahadah iaitu ucapan:
لا إلــــــه إلا الله محمد رسول الله
Ucapan ini membawa maksud: “Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali ALLAH, Muhammad itu Pesuruh ALLAH”.
Makna Ilah dalam bahasa Arab adalah yang disembah dan ditaati, kata Fairuz Abadi dalam Qamus:
ألَهَ إِلاهَةً وأُلُوهَةً وأُلُوهِيَّةً: عَبَدَ عِبادَةً،
ومنه لَفْظُ الجلالِة، واخْتُلِفَ فيه على عِشْرِينَ قَوْلاً ذَكَرْتُها في
المباسِيطِ، وأصَحُّها أنه عَلَمٌ غيرُ مُشْتَقٍّ، وأصْلُه إِلهُ،
كفِعالٍ، بمعنى مَأْلُوهٍ. وكلُّ ما اتُّخِذَ مَعْبُوداً إِلهٌ عند
مُتَّخِذِهِ، بَيِّنُ الإِلاَهَةِ والأُلْهانِيَّةِ، بالضم
Jelas dripada penjelasan Fairuz Abadi ini kalimah Ilah bermakna
Ma’luh yakni Ma’bud (yang disembah) dan setiap yang disembah adalah Ilah
pada sisi orang yang menyembahnya.Dalam Mu’jam al-Wasit terbitan Majma’ al-Lughah al-’Arabiah dinyatakan:
(الْإِلَه) كل مَا اتخذ معبودا (ج) آلِهَة
Maksudnya: “al-Ilah” adalah semua yang dijadikan sebagai sembahan, pluralnya: Aa-lihah.Tafsiran yang membawa makna Ilah kepada selain makna sembahan adalah makna yang batil berlawanan dengan Bahasa Arab dan tertolak.
Adapun Syahadah Risalah merupakan kelaziman bagi Syahadah Tauhid, mengandungi makna Iqrar bahawa Muhammad bin Abdullah sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah Utusan ALLAH yang diberikan wahyu kepadanya oleh ALLAH ta’ala’.
Maksud Syahadah ini adalah Iqrar kita untuk patuh dengan semua arahan dan perkhabaran yang disampaikan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam kerana firman ALLAH:
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ
Maksudnya: “dan Tidaklah Kami (ALLAH) utuskan seorang Rasul melainkan
supaya dia (Rasul itu) ditaati dengan izin ALLAH …” [al-Nisaa: 64].RUKUN KALIMAH SYAHADAH
Rukun Syahadah Tauhid ada dua iaitu:
Pertama: Nafi; yakni menafikan segala sembahan selain ALLAH
Kedua: Isbat; yakni menetapkan sifat Ilahiah (semabahan) yang hak hanya kepada ALLAH sahaja.
Dalilnya firman ALLAH ta’ala:
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ إِنَّنِي بَرَاءٌ مِمَّا تَعْبُدُونَ
Maksudnya: “dan ketika mana berkata Ibrahim kepada bapanya dan
kaumnya: Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kamu sembah”Ini adalah dalil bagi Nafi yakni menafikan segala sembahan selain ALLAH, kemudian firman ALLAH:
إِلَّا الَّذِي فَطَرَنِي فَإِنَّهُ سَيَهْدِينِ
Maksudnya: “melainkan Dia yang menciptakan aku (yakni ALLAH) sesungguhnya Dia lah yang akan memberi aku petunjuk”.Ini adalah dalil Isbat yakni menetapkan Uluhiyyah hanya kepada ALLAH ta’ala sahaja. [Surah al-Zukhruf: 26 dan 27].
SYARAT-SYARAT KALIMAH SYAHADAH
Syarat kalimah Syahadah ada Tujuh Syarat berdasarkan penelitian dalil-dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang Sahihah iaitu:
Pertama: al-’Ilm; yakni Ilmu. Maksudnya hendaklah mereka yang menutur dua kalimah Syahadah ini mengetahui maknanya dan memahami maksud kalimah ini. Menuturkannya dalam keadaan jahil maknanya maka ianya tertolak. Dalil Syarat ini firman ALLAH ta’ala:
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
Maksudnya: “maka ketahuilah bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali ALLAH…” [Muhammad: 19]Firman ALLAH ta’ala:
وَلَا يَمْلِكُ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِنْ دُونِهِ الشَّفَاعَةَ إِلَّا مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Maksudnya: “dan tidaklah memiliki orang-orang yang diseru (oleh kaum
musyrikin daripada sembahan mereka yang batil) selain ALLAH akan syafaat
kecuali mereka yang bersaksi dengan al-Haq (yakni kalimah Tauhid) dalam
keadaan mereka mengetahui”. [al-Zukhruf: 86]Dalam ayat ini ALLAH menafikan adanya Syafaat daripada semabahan-semabahan kaum Musyrikin kemudian Dia menetapkan adanya Syafaat di akhirat bagi mereka yang mentauhidkan ALLAH dalam keadaan mereka mengetahui makna kalimah Tauhid itu. [Rujuk Tafsir al-Tabari].
Kedua: al-Yaqin; hendaklah penutur kalimah Syahadah Yakin dengan makna dan kandungannya, tidak syak akannya sebagaimana firman ALLAH ta’ala:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ
وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ
وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu mereka yang
beriman dengan ALLAH dan RasulNya kemudian mereka Tidak Ragu-ragu dan
berjihad dengan harta dan jiwa mereka di jalan ALLAH mereka itulah
orang-orang yang benar (dalam keimanan mereka)”. [al-Hujurat: 15].Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ، وَأَنِّي رَسُولُ
اللهِ، لَا يَلْقَى اللهَ بِهِمَا عَبْدٌ غَيْرَ شَاكٍّ فِيهِمَا، إِلَّا
دَخَلَ الْجَنَّةَ
Maksudnya: “Aku bersaksi Bahawa Tiada sembahan yg benar kecuali ALLAH
dan bahawa aku (yakni Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam) adalah
Utusan ALLAH”; Tidaklah seorang hamba bertemu ALLAH dengan bersaksi
akannya tanpa ragu-ragu pada keduanya melainkan dia pasti masuk Syurga”.
[HR Muslim].Ketiga: al-Qabul; yakni penerimaan dengan sepenuh jiwa terhadap makna kalimah ini dan tuntutannya, Tidak membantah dan Tidak menolak kerana sikap kaum Musyrikin apabila disuruh mengucap dua kalimah Syahadah mereka angkuh dan sombong serta enggan mengucapkannya:
إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ
Maksudnya: “Adalah mereka itu apabila dikatakan kepada mereka: La
ilaha illallah; maka mereka sombong enggan mengucapkannya” [al-Saffat:
35]Mafhum Ayat ini adalah Ingkar akan kandungan La ilaha illallah adalah Kufur, maka menjadi syarat untuk sahnya adalah Menerima dengan hati dan lisan akan kalimah ini.
Keempat: al-Inqiyad; iaitulah menyerah diri dan patuh kepada tuntutan kalimah ini dengan jiwa raga dan anggota badan, melaksanakan tuntutannya dengan mentauhidkan ALLAH dan meninggalkan Syirik. Firman ALLAH ta’ala:
وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ
فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ
الْأُمُورِ
Maksudnya: “dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada ALLAH
dengan mentauhidkanNya sedangkan dia patuh dengan perintah ALLAH maka
dia telah berpegang dengan al-’Urwah al-Wustqo (iaitulah Kalimah Tauhid)
dan kepada ALLAH jua akibat segala urusan” [Luqman: 22]Kelima: al-Sidq yakni Benar; berlawanan dengan Munafiq, maka seorang mukmin disyaratkan mengucapkan kalimah Tauhid dalam keadaan dia benar mengakui kalimah itu pada batinnya. Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:
مَا مِنْ أَحَدٍ يَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، صِدْقًا مِنْ قَلْبِهِ، إِلَّا
حَرَّمَهُ اللَّهُ عَلَى النَّارِ
Maksudnya: “Tidak ada seorang pun yang bersaksi bahawa Tiada sembahan
yang hak kecuali ALLAH dan bahawa Muhammad itu Utusan ALLAH benar dari
hatinya melainkan ALLAH haramkan atasnya neraka”. [HR Al-Bukhari &
Muslim]Keenam: al-Ikhlas; yakni hendaklah dia mengucapkan Syahadah dalam keadaan dia ikhlas mengharapkan ALLAH semata-mata bukan kerana menunjuk-nunjuk pada manusia seperti kaum Munafiqin, riya’ dalam mengucap dua kalimah Syahadah adalah Kufur Akbar yang menjadikan pelakunya kafir munafiq kekal di bawah nerka paling bawah. Nauzubillah min zalik.
Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:
أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ القِيَامَةِ، مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ، أَوْ نَفْسِهِ
Maksudnya: “Manusia yang paling bahagia mendapat Syafaatku di hari
kiamat adalah barangsiapa yang mengucapkan La ilaha illallah ikhlas
daripada hatinya atau dirinya” [HR al-Bukhari].Ketujuh: al-Mahabbah yakni mencintai kalimah ini dan ahlinya serta tuntutannya dan membenci Syirik dan ahlinya dan apa-apa yang berlawanan dengan kalimah ini.
Firman ALLAH ta’ala:
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ
الْآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا
آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ
أُولَئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الْإِيمَانَ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوحٍ
مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ
خَالِدِينَ فِيهَا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ أُولَئِكَ
حِزْبُ اللَّهِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ اللَّهِ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang
menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang
menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau
saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia)
itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan
mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan
mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai,
mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda
(serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah
penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya
penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.”
[al-Mujadilah: 22]Firman ALLAH juga:
قَدْ كَانَتْ لَكُمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ فِي إِبْرَاهِيمَ
وَالَّذِينَ مَعَهُ إِذْ قَالُوا لِقَوْمِهِمْ إِنَّا بُرَآءُ مِنْكُمْ
وَمِمَّا تَعْبُدُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ كَفَرْنَا بِكُمْ وَبَدَا
بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةُ وَالْبَغْضَاءُ أَبَدًا حَتَّى
تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ وَحْدَهُ
Maksudnya: “Adalah bagi kamu pada Ibrahim dan yang bersama dengannya
(beriman dengannya) contoh ikutan yang baik ketika mana mereka berkata
kepada kaum mereka (yang musyrik): Sesungguhnya kami berlepas diri
daripada kamu dan apa yang kamu sembah selain ALLAH dan kami Kufur
dengan agama kamu dan telah ketaralah antara kami dan kamu permusuhan
dan kebencian selama-lamanya sehingga kamu beriman dengan ALLAH yang
Esa…” [al-Mumtahanah: 4]Ayat-ayat yang mewajibkan kita berlepas diri daripada kekufuran dan membencinya menjadi dalil kewajipan untuk kita mencintai Tauhid dan memberi Wala’ (kesetiaan) padanya.
Kalimah Syahadah jika diucapkan dengan Lisan tanpa dilaksanakan Tuntutan dengan Hati dan Anggota maka ia sia-isa, demikian juga sekadar iqrar di dalam Hati tanpa diucapkan dengan lisan dan diamal dengan Anggota adalah sia-sia kerana Ulama’ Salaf telah Ijmak Iman itu adalah: Ucapan dan Amalan; Ucapan Hati dan Lisan, Amalan Hati, Lisan, dan Anggota Badan.
Mereka yang melafazkan kalimah ini dengan Lisan namun melakukan amalan-amalan yang berlawanan dengan asal kalimah ini seperti Syirik kepada ALLAH atau menghalalkan apa yang ALLAH Haramkan dan sebaliknya maka ia membawa kepada terbatalnya Syahadah seperti yang akan datang perbahasannya insya-ALLAH.
KANDUNGAN SYAHADAH RISALAH
Iqrar kita terhadap Syahadah: Muhammad Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam dinyatakan Ulama’ mengandungi beberapa perkara:
- Membenarkan perkhabaran baginda
- Mentaati baginda dalam perintahnya
- Menjauhi apa yang baginda larang
Firman ALLAH ta’ala:
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللَّهِ
Maksudnya: “dan Tidaklah Kami (ALLAH) utuskan seorang Rasul melainkan
supaya dia (Rasul itu) ditaati dengan izin ALLAH …” [al-Nisaa: 64].Firman ALLAH juga:
فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا
شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا
قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: “Tidak, demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidak beriman
sehingga mereka berhukum kepada mu dalam perkara yang mereka selisihi
kemudian mereka tidak dapati dalam diri mereka rasa tidak selesa
terhadap apa yang engkau putuskan dan mereka menyerah kepada hukum
engkau sepenuh penyerahan”. [al-Nisaa: 65]Sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam:
مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللهَ، وَمَنْ يَعْصِنِي فَقَدْ عَصَى اللهَ
Maksudnya: “Barangsiapa yang taat kepadaku maka dia telah taat kepada
ALLAH, barangsiapa yang menderhakai aku maka dia derhaka kepada ALLAH…”
[HR Muslim].PEMBATAL SYAHADAH
Syahadah akan terbatal dan menjadikan penuturnya terkeluar daripada Islam (Murtad) –na’uzubillah min zalik- melalui perbuatan atau perkataan atau kepercayaan yang membawa maksud berlawanan dengan asal kalimah Tauhid dan asasnya.
Dapat dirumuskan bahawa pembatal kalimah Syahadah ada dua perkara iaitu:
Pertama: Syirik
Syirik di sini adalah Syirik Akbar dan maksudnya adalah: “Menjadikan apa-apa hak daripada hak-hak ALLAH kepada selainNya yang berkaitan dengan asal Iman dan asasnya”.
Hak-hak ALLAH itu pula adalah:
Pertama: Hak ALLAH dalam Uluhiah
Kedua: Hak ALLAH dalam Rububiah
Ketiga: Hak ALLAH dalam al-Asma’ was Sifat
Ketiga-tiga hak ini terkandung dalam firman ALLAH:
رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا فَاعْبُدْهُ وَاصْطَبِرْ لِعِبَادَتِهِ هَلْ تَعْلَمُ لَهُ سَمِيًّا
Maksudnya: “Tuhan langit-langit dan bumi dan apa yang ada antara
keduanya maka sembahlah Dia dan bersabarlah dalam beribadat kepada-Nya,
adakah kamu tahu bagi-Nya sesuatu yang menyamaiNya?!!” [Maryam: 65]Maka Syirik berlaku dalam Tiga Hak ini:
Pertama: Syirik dalam Uluhiah atau Ibadah iaitulah mengalihkan apa-apa bentuk ‘Ibadah kepada selain ALLAH seperti memohon doa kepada makhluk Ghaib dan Orang Mati, Membayar Nazar kepada makhluk, Sujud kepada makhluk, Menyembelih Haiwan sebagai Taqarrub kepada makhluk dan seumapamanya.
Firman ALLAH ta’ala:
وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّهِ أَحَدًا
Maksudnya: “dan bahawa sesungguhnya segala bentuk ‘ibadah itu adalah
hanya untuk ALLAH maka janganlah kamu sembah bersama ALLAH sesuatu pun”.
[al-Jinn: 18]Kedua: Syirik dalam Rububiah dan ia berlaku dalam dua bentuk:
Pertama: Ta’thil iaitu menafikan kewujudan ALLAH ta’ala seperti Atheis dan
Ajaran Wehdatul Wujud yang menganggap Tuhan dan Makhluk itu benda
yang sama.
Kedua: Tamtsil yakni beriktiqad adanya zat dan kuasa lain yang setanding kuasa ALLAH dalam mentadbir ‘Alam ini.
Firman ALLAH ta’ala:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ
هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُمْ مِنَ السَّمَاءِ
وَالْأَرْضِ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ
Maksudnya: “Wahai manusia, ingatlah nikmat ALLAH ke atas kamu semua,
Adakah pencipta selain ALLAH yang memberikan kamu rezeki daripada langit
dan bumi?!! (tentu sahaja tidak ada) Tiada sembahan yang benar kecuali
Dia maka di manakah lagi kamu hendak berdusta?!!”. [Fatir: 3]Ketiga: Syirik dalam al-Asma’ was Sifat sama ada dengan cara:
1- Ta’thil: iaitu ingkar nama-nama dan Sifat-sifat ALLAH
2- Tamtsil: Menyamakan nama-nama dan Sifat-sifat ALLAH dengan makhluk
Firman ALLAH ta’ala:
وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا
الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا
يَعْمَلُونَ
Maksudnya: “dan bagi ALLAH nama-nama yang maha baik maka serulah Dia
dengannya dan tinggalkan mereka yang menyimpang dalam nama-namaNya
mereka akan dibalas atas perbuatan mereka”. [al-A'raf: 180]Maksud Ilhad dalam nama-nama ALLAH adalah menyimpang daripada kewajipan yang sepatutnya dalam masalah ini dan kewajipan itu ada dua:
Pertama: Isbat (menetapkan) bagi ALLAH nama-nama dan sifat-sifat yang tsabit dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Kedua: Menafikan daripada ALLAH nama-nama dan sifat-sifat dan apa sahaja yang ALLAH nafikan dari diri-Nya dalam al-Quran dan al-Sunnah.
Dalilnya adalah firman ALLAH ta’ala:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ
Maksudnya: “Tiada sesuatu pun yang seperti-Nya dan Dia jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”. [As-Syura: 11].Kedua: Kufur
Kufur yang dimaksudkan adalah Kufur Akbar (besar) yang menjadikan penutur kalimah Syahadah kembali kepada kekufuran setelah Islamnya (murtad) –na’uzubillah min zalik-.
Maksud Kufur adalah: “Tidak Beriman (tidak mempercayai) apa yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam sama ada sebahagian atau semuanya atau enggan menurut apa yang dibawa oleh baginda”.
Kufur Akbar terbahagi kepada beberapa jenis:
Pertama: Kufur I’radh dan Jahil; yakni berpaling daripada Agama ALLAH ta’ala dan tidak mengambil endah akannya, tidak mempelajarinya, tidak pula mencari berkenaannya sedangkan dia mampu.
Firman ALLAH:
مَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا
إِلَّا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُسَمًّى وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا
أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ
Maksudnya: “Tidaklah Kami (ALLAH) menciptakan langit-langit dan bumi
dan apa yang ada antara keduanya melainkan dengan hak dan sehingga
tempoh tertentu sedangkan orang-orang kafir itu berpaling daripada apa
yang mereka diingatkan akannya”. [al-Ahqaf: 3]Kufur jenis ini adalah yang kebiasaan kita dapati pada orang-orang awam kaum kafir di zaman ini, mereka tidak mengambil tahu berkenaan Islam, tidak menuntut ilmu berkenaannya, tidak mencari hidayah, tidak membenci, tidak pula mencintai, tidak membenarkan tidak juga mendustakan.
Kedua: Kufur Istikbar dan Iba’; yakni kufur disebabkan angkuh dan enggan tunduk pada tuntutan kalimah Tauhid dalam keadaan dia mengetahui ianya benar. Ianya seumpama Iblis laknatullahi ‘alaih yang enggan menurut perintah ALLAH ta’ala sujud kepada Adam ‘alaihis salam kerana angkuh dengan asal kejadiannya:
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya: “dan ketika mana Kami (ALLAH) berkata kepada para
Malaikat: Sujudlah kalian kepada Adam maka mereka semuanya bersujud
kecuali Iblis yang enggan dan sombong dan dia termasuk daripada
orang-orang Kafir”. [al-Baqarah: 34]Firman ALLAH berkenaan sikap sebahagian kaum Musyrikin:
إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ
Maksudnya: “Adalah mereka itu apabila dikatakan kepada mereka: La
ilaha illallah; maka mereka sombong enggan mengucapkannya” [al-Saffat:
35]Ketiga: Kufur Juhud; yakni mempercayai kebenaran Islam dalam hatinya namun enggan mengakui dengan lisan dan anggotanya seperti Kufur Fir’aun. Kata ALLAH:
وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ
Maksudnya: “dan mereka (Fir’aun dan pengikutnya) mengingkarinya
sedangkan jiwa mereka meyakininya, mereka melakukan demikian secara
zalim dan meninggi diri maka lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang
yang melakukan kerosakan”. [al-Naml:14].Keempat: Kufur ‘Inad; yakni dia mempercayai kebenaran Islam dalam dirinya dan mengakui dengan lisannya ianya agama benar dan tidak memusuhinya namun dia enggan mengucap Syahadah dan tunduk pada agama itu seperti Abu Talib bapa saudara Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.
Kelima: Kufur Ingkar; iaitulah orang yang jahil sama sekali akan ALLAH dan Rasul-Nya dan tidak mengiktiraf sama sekali ALLAH dan Rasul-Nya seperti kaum Atheis yang ingkar kewujudan ALLAH secara jahil dan kaum Barahimah (Hindu) yang ingkar kewujudan Rasul dan Nabi sama sekali.
Keenam: Kufur Takzib; yakni beriktiqad bahawa apa yang dibawa Rasul yang diutus kepadanya itu adalah dusta semata-mata dan kufur jenis ini sedikit dalam kalangan kaum kafir. Kebanyakan Takzib kaum kafir terhadap para Rasul adalah takzib (pendustaan) secara zahir bukan batin yakni juhud.
Ketujuh: Kufur Syak dan Zan (wasangka) yakni dia ragu-ragu akan apa yang dibawa Rasul seperti firman ALLAH ta’ala:
وَدَخَلَ جَنَّتَهُ وَهُوَ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ قَالَ مَا
أَظُنُّ أَنْ تَبِيدَ هَذِهِ أَبَدًا (35) وَمَا أَظُنُّ السَّاعَةَ
قَائِمَةً وَلَئِنْ رُدِدْتُ إِلَى رَبِّي لَأَجِدَنَّ خَيْرًا مِنْهَا
مُنْقَلَبًا (36) قَالَ لَهُ صَاحِبُهُ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَكَفَرْتَ
بِالَّذِي خَلَقَكَ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُطْفَةٍ ثُمَّ سَوَّاكَ
رَجُلًا (37) لَكِنَّا هُوَ اللَّهُ رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِرَبِّي
أَحَدًا (38)
Maksudnya: “dan dia masuk ke kebunnya dalam keadaan dia menzalimi
dirinya sambil berkata: Aku tidak yakin bahawa ini semua akan musnah,
aku tidak pasti bahawa kiamat itu akan berlaku dan jika aku dikembalikan
kepada Tuhanku aku akan dapat ganjaran yang lebih baik. Kata temannya
kepadanya dalam keadaan dia berbincang: Adakah kamu menjadi Kafir dengan
Tuhan yang menciptakan kamu daripada Tanah kemudian daripada Nutfah
kemudian Dia perelokkan kejadian kamu sebagai seorang lelaki sempurna?!
Adapun aku (berkeyakinan) Dia adalah Tuhanku dan aku tidak akan
sekutukan dengan Tuhanku sesiapa pun” [al-Kahf: 35-38]Kelapan: Kufur Nifaq; iaitulah kufur kaum Munafiqin yang menzahirkan Islam namun mendustakannya dan tidak yakin di dalam diri mereka. Firman ALLAH:
يَا أَيُّهَا الرَّسُولُ لَا يَحْزُنْكَ الَّذِينَ
يُسَارِعُونَ فِي الْكُفْرِ مِنَ الَّذِينَ قَالُوا آمَنَّا
بِأَفْوَاهِهِمْ وَلَمْ تُؤْمِنْ قُلُوبُهُمْ
Maksudnya: “Wahai Rasul janganlah kamu bersedih akan mereka yang
bergegas-gegas menuju kepada kekufuran daripada golongan yang berkata
kami beriman dengan mulut mereka namun tidak beriman dengan hati
mereka”. [al-Maidah: 41].PELENGKAP SYAHADAH:
Kalimah Syahadah adalah Iman dan Iman itu akan bertambah dengan bertambahnya ilmu yang sahih dan amalan yang soleh sebagaimana firman ALLAH ta’ala:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ
وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ
إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ (2) الَّذِينَ يُقِيمُونَ
الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ (3) أُولَئِكَ هُمُ
الْمُؤْمِنُونَ حَقًّا لَهُمْ دَرَجَاتٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَمَغْفِرَةٌ
وَرِزْقٌ كَرِيمٌ (4)
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman jika disebutkan
ALLAH maka bergtarlah hati mereka dan jika dibacakan kepada mereka
ayat-ayatNya bertambahlah keimanan mereka dan hanya kepada Tuhan
merekalah mereka bertawakkal. Mereka itulah yang mendirikan solat dan
daripada apa yang Kami berikan rezeki kepada mereka, mereka infaqkan.
Mereka itulah orang-orang beriman dengan sebenar-benar keimanan bagi
mereka kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka, keampunan, dan Rezeki
yang terbaik (Syurga)”. [al-Anfal: 2-4]Maka hendaklah seorang Muslim menjaga kalimah Syahadahnya daripada terbatal –na’uzubillah min zalik-, menjaga kalimah syahadahnya berkurang dan cacat kerana dosa, sentiasa pula berusaha meningkatkan prestasi kalimah Syahadahnya dan menambah imannya dengan Ilmu yang Sahih dan Amalan yang Soleh.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آلــــــه وصحبه وسلم
Rujukan:I’lam as-Sunnah al-Manshurah, Syaikh Hafiz Hakami
Ma’arijul Qabul, Syaikh Hafiz Hakami
Syarah Fathul Majid, Syaikh Soleh Alu Syaikh
Kitab al-Ta’rifat al-I’tiqadiah, Sa’ad b Muhammad Al Abdul Latif
Madarij al-Salikin, Imam Ibn Al-Qayyim
Janji ALLAH Ta`ala Buat Mukmin Di Dalam Syurga
|
Read more »
Janji ALLAH Ta`ala Buat Mukmin Di Dalam Syurga
By Shahmuzir
ALLAH Ta`ala berfirman:إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ . ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ آمِنِينَ . وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَابِلِينَ . لَا يَمَسُّهُمْ فِيهَا نَصَبٌ وَمَا هُم مِّنْهَا بِمُخْرَجِين
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air – mata air terpancar padanya. (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman. Dan Kami cabut akan apa yang ada di hati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.”(Surah Al-Hijr, 15 : 45-48)
ALLAH Ta`ala berfirman:
يَا عِبَادِ لَا خَوْفٌ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ وَلَا أَنتُمْ تَحْزَنُونَ . الَّذِينَ آمَنُوا بِآيَاتِنَا وَكَانُوا مُسْلِمِينَ . ادْخُلُوا الْجَنَّةَ أَنتُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ تُحْبَرُونَ . يُطَافُ عَلَيْهِم بِصِحَافٍ مِّن ذَهَبٍ وَأَكْوَابٍ ۖ وَفِيهَا مَا تَشْتَهِيهِ الْأَنفُسُ وَتَلَذُّ الْأَعْيُنُ ۖ وَأَنتُمْ فِيهَا خَالِدُونَ . وَتِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ . لَكُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ كَثِيرَةٌ مِّنْهَا تَأْكُلُونَ
Maksudnya: ”(Mereka yang bertakwa itu, diberi penghormatan serta diseru oleh Allah Taala dengan firmanNya): Wahai hamba-hambaku! Pada hari ini kamu tidak akan merasai sebarang kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) dan kamu pula tidak akan berdukacita. (Mereka itu ialah) orang-orang yang beriman akan ayat-ayat keterangan Kami, serta mereka menjadi orang-orang Islam yang taat patuh, (Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan. Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata dan (dikatakan kepada mereka): Kamu adalah tetap kekal di dalamnya. Dan (dikatakan lagi kepada mereka): Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan. Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya.”(Surah az-Zukhruf, 43 : 68-73)
ALLAH Ta`ala berfirman:
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ . فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ . يَلْبَسُونَ مِن سُندُسٍ وَإِسْتَبْرَقٍ مُّتَقَابِلِينَ . كَذَٰلِكَ وَزَوَّجْنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ . يَدْعُونَ فِيهَا بِكُلِّ فَاكِهَةٍ آمِنِينَ . لَا يَذُوقُونَ فِيهَا الْمَوْتَ إِلَّا الْمَوْتَةَ الْأُولَىٰ ۖ وَوَقَاهُمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ . فَضْلًا مِّن رَّبِّكَ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. Dia itu di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya, Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. Mereka meminta di dalam Syurga itu tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa. Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu dan Allah selamatkan mereka dari azab Neraka; (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar.”(Surah ad-Dukkhan, 46 : 51-57)
ALLAH Ta`ala berfirman:
إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ . عَلَى الْأَرَائِكِ يَنظُرُونَ . تَعْرِفُ فِي وُجُوهِهِمْ نَضْرَةَ النَّعِيمِ . يُسْقَوْنَ مِن رَّحِيقٍ مَّخْتُومٍ . خِتَامُهُ مِسْكٌ ۚ وَفِي ذَٰلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ . وَمِزَاجُهُ مِن تَسْنِيمٍ . عَيْنًا يَشْرَبُ بِهَا الْمُقَرَّبُونَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada di dalam Syurga yang penuh nikmat: Mereka berehat di atas pelamin-pelamin (yang berhias), sambil melihat (segala keindahan dan kemuliaan yang disediakan untuk mereka di situ). Engkau dapat melihat pada muka mereka: Cahaya nikmat yang mereka perolehi. Mereka diberi minum dari satu minuman yang termeterai bekasnya, Meterainya kasturi; dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan; Dan campuran minuman itu adalah dari “Tasnim”: Iaitu mata air yang diminum daripadanya oleh orang-orang yang di dampingkan (Tuhan di sisiNya).”(Surah al-Muthaffifin, 83 : 22-28)
Daripada Hadith Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam
1. Dari Jabir radhiAllahu `anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda yang maksudnya:
“Ahli Syurga itu makan dan minum di dalam Syurga. Tetapi mereka tidak buang air besar, tidak buang hingus dan tidak kencing. Akan tetapi apa yang mereka makan di dalam Syurga itu menjadi sendawa seperti bau minyak kasturi. Mereka diilhamkan untuk bertasbih dan bertakbir sebagaimana mereka diilhamkan untuk bernafas.”(Diriwayatkan oleh Muslim)
2. Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
“ALLAH Ta`ala berfirman: “AKU telah menyediakan buat hamba-hambaKU yang soleh sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga serta belum pernah terlintas di hati seseorang. Dan cubalah kamu baca: فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ (Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan) (Surah as-Sajdah, 32 : 17)”.”(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
3. Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam telah bersabda yang maksudnya:
“Rombongan pertama kali yang masuk Syurga itu bagaikan bulan pada malam purnama. Kemudian rombongan yang berikutnya bagaikan bintang yang paling cemerlang menerangi langit. Mereka tidak pernah kencing, buang air besar, meludah dan tidak pernah berhingus. Sisir mereka diperbuat dari emas. Keringat mereka berbau minyak kasturi. Kerikil mereka kayu cendana yang sangat harum. Isteri mereka bidadari yang cantik jelita. Bentuk tubuh mereka sama iaitu seperti bentuk tubuh ayah mereka Nabi Adam, tingginya enam puluh hasta.”(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)Dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim yang lain dikatakan:“Bejana mereka di dalam Syurga terbuat dari emas, keringat mereka berbau minyak kasturi. Masing-masing dari mereka mempunyai dua isteri yang dapat terlihat sumsum betisnya dari balik daging kerana sangat cantiknya. Di antara mereka tidak pernah terjadi pertengkaran mahu pun saling benci-membenci. Hati mereka seperti hati orang yang satu. Mereka senantiasa bertasbih kepada ALLAH baik pagi mahu pun petang.”
4. Dari al-Mughirah bin Syu`bah
radhiAllahu `anhu dari Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, Baginda
bersabda yang maksudnya:
“Nabi Musa sallAllahu `alaihi wa sallam bertanya kepada Tuhan: “Bagaimana serendah-rendah tingkatan ahli Syurga itu?”Tuhan menjawab: “Iaitu seseorang yang datang setelah ahli Syurga dimasukkan ke dalam Syurga, kemudian diperintahkan kepadanya: “Masuklah kamu ke dalam Syurga.” Ia berkata: “Wahai Tuhan, bagaimana saya harus masuk sedangkan manusia telah masuk pada masing-masing tempatnya dan telah mengambil bahagiannya?” Dikatakan kepadanya: “Puaskah kamu apabila disediakan bagimu seluas kerajaan seorang raja di dunia?” Ia menjawab: “Wahai Tuhan, saya puas.” Tuhan berfirman: “Bagimu seluas itu, dan sepadan dengan itu, dan sepadan dengan itu, dan sepadan dengan itu, dan sepadan dengan itu.” Sewaktu Tuhan berfirman untuk yang kelima kalinya, ia berkata: “Saya puas.” Tuhan berfirman: “Inilah bahagianmu dan sepuluh kali dari itu, serta segala apa yang diingini dan disenangi oleh nafsu dan matamu.” Ia berkata: “Wahai Tuhanku, saya puas.”Nabi Musa bertanya: “Wahai Tuhan, bagaimana setinggi-tinggi tingkatan ahli Syurga itu?”Tuhan berfirman: “Iaitu orang-orang yang telah AKU sediakan kehormatan mereka dengan tangan-KU dan kemudian AKU tutup, sehingga tidak terlihat oleh mata, tidak terdengar oleh telinga, dan tidak terlintas di hati manusia.”(Diriwayatkan oleh Muslim)
5. Dari Ibnu Mas`ud radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya aku mengetahui ahli Neraka yang terakhir keluar dari Neraka dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke dalam Syurga, iaitu seseorang yang keluar dari Neraka dengan merangkak, kemudian ALLAH `Azza wa Jalla berfirman kepadanya: “Pergilah dan masuklah ke dalam Syurga.”Kemudian pergilah ia menuju Syurga dan ia membayangkan bahawa Syurga itu telah penuh. Maka ia kembali dan berkata: “Wahai Tuhan, saya berpandangan Syurga itu telah penuh.”ALLAH `Azza wa Jalla berfirman kepadanya: “Pergilah dan masuklah ke dalam Syurga kerana bahagianmu seluas dunia dan sepuluh kali ganda daripada dunia.”Kemudian ia berkata: “Apakah ENGKAU mengejek saya atau mentertawakan saya sedangkan ENGKAU adalah Maharaja?”Ibnu Mas`ud berkata: “Sungguh, saya melihat Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam tertawa sehingga nampak gigi-gigi gerahamnya, serta beliau bersabda: “Demikian itulah serendah-rendah tingkatan ahli Syurga.”(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)
(bersambung lagi… in shaa’ ALLAH)
*Dipetik dari kitab Riyadhus Solihin susunan al-Imam an-Nawawi, rahimahullah.
Janji ALLAH Ta`ala Buat Mukmin Di Dalam Syurga
Posted by : Mohamad Fadzli on : With 0commentsTag :
Religious
Next →