[TUTORIAL / TIPS] Cara untuk Memperbaiki Masalah Aplikasi gnome-tweak-tool Tidak Berfungsi Selepas Memasang Extension Tema Pengguna (User Themes Extension)

| Thursday, May 9, 2013
 Tutorial ditulis oleh : Amir Zaim Mohd Zaini in Ubuntu Malaysia LoCo Team




Kebiasaannya, jika anda menggunakan antaramuka desktop Gnome3 yang default, anda memang akan mengalami masalah iaitu tidak boleh menukar rupa shell desktop tersebut dan apa yang anda perlukan ialah memasang extension tersebut melalui pautan ini:

https://extensions.gnome.org/extension/19/user-themes/

Akan tetapi, ia menjadi satu masalah apabila aplikasi gnome-tweak-tool tidak dapat berfungsi selepas anda memasang extension tersebut. Untuk mengatasi masalah ini, apa yang anda perlu buat ialah salin arahan tersebut ke dalam terminal:

Langkah pertama:
sudo cp ~/.local/share/gnome-shell/extensions/user-theme@gnome-shell-extensions.gcampax.github.com/schemas/org.gnome.shell.extensions.user-theme.gschema.xml /usr/share/glib-2.0/schemas

Langkah kedua:
sudo glib-compile-schemas /usr/share/glib-2.0/schemas

Langkah ketiga:
Pergi ke pautan tersebut dan pasangkan extension tersebut.

Semoga dengan tips ini dapat membantu pengguna menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan antaramuka desktop Gnome3.

UPDATE: Langkah 3 ditambah iaitu kena pasang extension sekali.





Sumber : https://www.facebook.com/groups/ubuntumy/doc/10151240483121873/

0 comments:

Post a Comment

Next Prev
▲Top▲