Oh My English! ialah sebuah drama bersiri yang bertemakan komedi dan pendidikan di Malaysia yang bersiaran melalui Astro TVIQ. Drama ini merupakan salah satu usaha pihak Astro dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) untuk memperbaiki pertuturan di dalam bahasa Inggeris dalam
kalangan rakyat Malaysia. Perkara ini juga selaras dengan dasar KPM
iaitu ‘Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris’
(MBMMBI). Pada tahun 2009, Astro telah bekerjasama dengan KPM untuk
menyiarkan rancangan pembelajaran yang bertaraf antarabangsa kepada
sekolah-sekolah di seluruh Malaysia melalui program Tanggungjawab Sosial
Korporat (CSR), iaitu Kampus Astro. Projek ini juga telah melengkapkan
10,000 buah sekolah di Malaysia dengan kelengkapan set televisyen
berskrin rata, dekoder Astro dan 17 buah saluran pendidikan dan maklumat
termasuk saluran History, Discovery, National Geographic, Astro Tutor TV, Astro TVIQ dan lain-lain.
SINOPSIS
Sebuah sekolah rekaan yang bernama SMK Ayer Dalam mempunyai kelas ‘3
Merah’ yang terkenal sebagai kelas yang mempunyai pelbagai ragam. Tiada
guru yang ingin mengajar di kelas ini kerana pelajar-pelajarnya terkenal
dengan sikap yang sangat nakal, suka membuat bising dan keputusan
akademik mereka yang terburuk di dalam sekolah tersebut. Subjek mereka
yang paling tidak digemari ialah Bahasa Inggeris.
Akhirnya, muncul seorang guru Bahasa Inggeris yang bernama Henry Middleton (lakonan
Zain Saidin).
Cara pengajaran Henry yang unik dan memberangsangkan telah dapat
menarik perhatian dan minat pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris.
Senarai watak dan perwatakan
1. Zain Saidin sebagai
Henry Middleton
Beliau merupakan seorang pemuda yang berusia 27 tahun yang baru tiba
dari UK untuk mengajar subjek bahasa Inggeris di SMK Ayer Dalam. Beliau
merupakan seorang yang peramah dan berkeyakinan. Bapanya merupakan
warganegara UK dan ibunya merupakan warganegara Malaysia. Henry
berhijrah ke UK ketika berusia 6 tahun. Henry mempunyai minat di dalam
bidang pendidikan dan bersedia untuk menghadapi cabaran baru. Namun
begitu, bukan mudah baginya untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar
daripada kelas 3 Merah yang terkenal dengan kenakalan mereka.
2. Adibah Noor sebagai
Pn. Noor Hajar
Beliau ialah guru besar di SMK Ayer Dalam. Perwatakannya ialah bijak
dan tabah. Beliau juga sangat disayangi oleh para pelajar. Beliau
mempunyai falsafah bahawa pendidikan yang baik tidak hanya bergantung
kepada buku teks. Oleh itu, beliau menggalakkan pelajar-pelajarnya untuk
mencintai dunia pembelajaran.
3. Mr. Os sebagai
Pak Sham
Beliau bertugas sebagai penjaga am atau penjaga sekolah. Beliau telah
menyimpan cita-cita untuk mempelajari bahasa Inggeris tetapi berasa
malu berikutan usianya yang telah lanjut. Beliau menyesal kerana tidak
mengambil kesempatan untuk mempelajari bahasa tersebut ketika di sekolah
dahulu. Namun begitu, beliau ingin membuktikan bahawa mempelajari ilmu
sememangnya tidak mengenal usia.
4. Harun Salim Bachik sebagai
En. Mohd. Salleh
Beliau mempunyai peranan sebagai penolong guru besar dan
berperwatakan tegas dan garang dalam kalangan pelajar-pelajar di SMK
Ayer Dalam. Malah, guru-guru di sekolah tersebut juga mempunyai anggapan
yang sama. Beliau mempunyai cita-cita yang tinggi iaitu untuk menjadi
guru besar sekolah tersebut pada masa yang akan datang. Namun, beliau
masih mempunyai masalah pertuturan di dalam bahasa Inggeris dengan
betul. Beliau juga mempunyau moto iaitu “Jangan banyak fikir, nanti jadi
gila”.
5. Izara Aishah sebagai
Azlin
Beliau merupakan seorang gadis manja dan lebih senang disapa sebagai
"Lynn". Beliau juga merupakan gadis tercantik di SMK Ayer Dalam. Beliau
sangat suka untuk mendapat perhatian dan pujian tetapi kadangkala berasa
kurang yakin terhadap dirinya sendiri. Beliau bercita-cita untuk
menceburi bidang lakonan dan menjadi bintang handalan.
6. Addy Ashraf sebagai
Shafiq
Beliau amat meminati bola sepak dan bercita-cita untuk menjadi pemain
‘Harimau Muda’ serta mewakili negara. Minatnya yang mendalam terhadap
bola sepak. Namun begitu, semua ini tidak menghalangnya untuk memikat
Azlin, seorang gadis yang tercantik di SMK Ayer Dalam.
7. Ahmad Ezzrin Loy sebagai
Faiz
Beliau seringkali digelar sebagai ‘mat rock’ di dalam kelasnya dan
mempunyai saudara kembar iaitu Faiza. Perangainya dilihat agak kekok
sedikit. Beliau juga suka menyakat Shafiq sehingga menaikkan kemarahan
Shafiq. Beliau juga seorang yang santai dan gemar untuk memetik gitar.
8. Nurul Ezlisa Loy sebagai
Faiza
Beliau merupakan saudara kembar kepada Faiz. Beliau mempunyai
perwatakan yang cekal dan lasak. Beliau sentiasa melindungi Faiz kerana
berasa Faiz memerlukan bantuan apabila berhadapan dengan murid lelaki
yang lain. Beliau amat menyayangi haiwan dan bercita-cita untuk menjadi
doktor haiwan pada suatu hari nanti. Beliau juga rapat dengan Anusha.
9. Mohd. Zhafir Muzani sebagai
Mazlee
Beliau merupakan seorang yang kelakar dan suka menyindir
rakan-rakannya. Beliau juga merupakan sahabat karib kepada Azlin. Beliau
juga tidak pernah diam di dalam kelasnya. Selain itu, beliau sukakan
kepada gosip dan seorang yang pakar di dalam bidang fesyen. Perkara ini
telah menjadikan beliau sangat popular dalam kalangan pelajar-pelajar
perempuan. Namun begitu, beliau sentiasa dibuli di sekolah. Beliau
mempunyai ungkapan yang menjadi kegemarannya seperti “Oh My Gucci!”.
10. Kaameshaa Ravindran sebagai
Anusha
Beliau ialah sahabat karib kepada Faiza. Pada setiap hari, beliau
akan membawa mangkuk tingkat ke sekolah sehinggakan rakan-rakannya
sentiasa menunggu kedatangannya untuk mengetahui apakah hidangan lazat
yang dibawanya. Beliau adalah seorang yang pelupa tetapi disayangi oleh
rakan kerana sikapnya yang periang.
11. Amer Sharrif sebagai
Farouk
Beliau dianggap sebagai seorang yang kacak, angkuh dan pembuli.
Beliau bersikap baik di hadapan gurunya tetapi bersikap sebaiknya
apabila berhadapan dengan rakan-rakanya. Beliau suka membuli Mazlee
kerana Mazlee rapat dengan Azlin. Beliau juga meminati Azlin secara
rahsia.
12. Tan Teong Sik sebagai
See Yew Soon
Beliau merupakan anak kepada pemilik kedai runcit. Beliau juga
berpotensi untuk menjadi usahawan muda. Baginya, peluang untuk berniaga
terbuka pada bila-bila masa. Beliau mempunyai ungkapan popularnya iaitu
“Mesti boleh dapat!”
13. Muhd. Akhmal Mohd. Nazri sebagai
Jibam
Beliau bernama Jamil (atau lebih dikenali sebagai Jibam), seorang
yang digelar ‘Raja Lawak’ atau badut di dalam kelasnya. Beliau juga
merupakan seorang yang tidak cermat, selalu tersandung dan jatuh. Jamil
amat mengagumi Shafiq dan sentiasa mengekorinya ke mana beliau pergi.
Beliau bercita-cita untuk menjadi pelawak seperti di dalam rancangan
televisyen ‘Raja Lawak’, tetapi lawaknya seringkali tidak menjadi.
Pelakon
Pelakon utama
- Zain Saidin sebagai Henry Middleton
- Adibah Noor sebagai Pn. Noor Hajar
- Mr. Os sebagai Pak Sham
- Harun Salim Bachik sebagai En. Mohd. Salleh
- Izara Aishah sebagai Azlin
- Addy Ashraf sebagai Shafiq
- Mohd. Zhafir Muzani sebagai Mazlee
- Kaameshaa Ravindran sebagai Anusha
- Amer Sharrif sebagai Farouk
- Tan Teong Sik sebagai See Yew Soon
- Muhd. Akhmal Mohd. Nazri sebagai Jibam
- Tiz Zaqyah sebagai Cik Ayu
- Shafie Naswip sebagai Azlan
- Iezahdiyana sebagai Hani
Pelakon undangan
- Rozita Che Wan sebagai Kakak Jibam
- Aaron Aziz sebagai Cikgu Malik[nb 1]
Watak dan perwatakan
-
Bagi rancangan musim kedua ini, sebanyak empat watak baru yang
diperkenalkan. Watak tersebut terdiri daripada dua orang guru dan dua
orang murid.
- Cikgu Ayu (lakonan Tiz Zaqyah) merupakan seorang guru Bahasa Melayu dari Terengganu.
Beliau merupakan seorang yang baik hati dan mempunyai loghat Terengganu
yang sangat kuat. Murid 3 Merah sangka bahawa Cikgu Ayu mempunyai 3G.
- Cikgu Malik (lakonan Aaron Aziz)
merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani dan mengetuai pasukan bola
sepak. Beliau sangat kuat dan tegas dan dikatakan agak melucukan.
- Azlan (lakonan Syafie Naswip)
merupakan seorang murid baru yang tidak pernah bergaul dengan sesiapa.
Azlan sering membuli murid lain dan berpura-pura baik depan guru.
- Hani (lakonan Iezahdiyana) merupakan seorang murid baru yang yakin dengan Bahasa Inggeris. Beliau seorang yang berani dan bersikap positif.